Kehidupan,harapan,cinta


assalamualaikum wrt.wbt.

::DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG::
permulaan entry ana dambakan syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi sebab dapat jugak nak meng"update" blog yang dah lama ana tinggal nih kalaulah blog ni rumah agak-agak da bersawang la ye..orang lain bukan main update setiap hari ana baru update sekali da tinggal berbulan-bulan aduhai maaf ye..idea bukan main banyak bile bukak je blog mulalah fikiran tu entah kemana terus ta ingat apa nak dicerita "terpaksa" tekan pangkah, terpaksa okeh! ngee..

baiklah mukadimah diatas takda mengena dengan tajuk diatas seriusly
KEHIDUPAN HARAPAN DAN CINTA kekadang mesti berkait rapat ana pun tak paham pasai pa,yelah fitrah manusia bila mana kita ade kehidupan disitu ada harapan dan cinta. harapan untuk apa?cinta untuk siapa?cuba tepuk dada tanya lah diri..

kadang-kadang kita perlu tahu ALLAH dah jadikan setiap makhluk dimuka bumi ni berpasang-pasangan malam pasangannya siang, rajin pasangan malas..lelaki pasangannya perempuan manusia hanya mampu merancang,berikhtiar dan berusaha tak lebih dari tu! sebab setiap peristiwa mempunyai hikmah dan tujuannya.segala sesuatu yang dijadikan oleh ALLAH itu sebenarnya bukanlah sia-sia...

kekadang jugak apa yang kita impikan apa yang inginkan tak semestinya menjadi milik kita,baiklah ana bagi contoh - kita membina sebuah hubungan dengan manusia kita impikan kehidupan yang baik yang indah yang rasa bila kita dengan dia kita rasa tenang, bila mana kita dengan dia kita rasa kita dekat dengan allah ,kita mahukan sebuah hubungan tu berlandaskan syariatnya,bila mana kurang nya bercakap ditelepon chatting dan sebagainya tapi mampukah kita untuk bertahan?mai kita sama-sama muhasabah diri * sebab tu eloknya CINTA lepaih NIKOH.


kita jadi sedih atas apa yang berlaku  "kita merancang apa yang kita mimpikan dan kita mimpikan segala keindahan namun keindahan itu tak seindah mimpi seperti yang selalu  kita bayangkan"apa ta paham?sila baca ayat ni berulang kali:).macam-macam ujian ada dalam hidup kita nih jenuhla pi kedai-kedai buku beli buku motivasi untuk diri harap-harap bila beli buku ini dapat tenangkan hati dapat semangat baru,tapi bila habis baca buku?apa jadi sedih balik,haihh

malam takkan selamanya malam betui dok?hari ini kita gembira adakalanya jugak kita sedih sebenaqnya inilah yang ada dalam hidup kita,kira boleh kata la kan hidup ini merupakan perubahan yang tidak henti-henti sebab tulah dunia ni dikatakan sabagai tempat ujian,ujian yang akan memberikan nilai terhadap mutu keimanan kita sebagai "KHALIFATULLAH"


hidup ni memang pelik dan sukar diramal perjalanannya bukan lah ana ingin mencabar kehidupan...tetapi ana ingin melihat sebuah kenyataan..


yaa kita dah besaq da kot untuk memahami erti sebuah kehidupan,la ni cuba kita ubah fikiran kita termasuk ana letuww* kita lihat kehidupan nih dengan satu pandangan yang indah?indah?yaa indah seindah seindahnya,*amboi banyak tol indahnya  erti kata sebenaqnya bila kita meng"hambakan" diri kita pada yang maha Esa itulah hakikat nya tak percaya cuba lakukan dan hampa semua akan rasai keindahannya:)


apapun masing-masing ade "life" bukan sos life yaa..:P  orang selalu cakap,manusia hanya pandai merancang tuhan yang menentukan,tetapi cuba  kita pikiaq balik  kita ka yang merancang??ataupun semuanya berlaku atas kehendaknya...
terfikir jugak Ana sebuah "kebahagiaan yang kita cari tak seharusnya bermula dengan kegembiraan.betul tu ana sokong!aik..sokong diri sendiri @#% tapi kita kena ingat terkadang apa yang kita impikan tu tak semestinya berada dalam genggaman walaupun kita kita yakin seratus empat puluh dua peratus.!!hmm..


amboi panjang beno rasenye entry nih ok janji ni last. disini ana ada satu ungkapan yang ana nak lakarkan..biarlah ia menjadi madah ,walaupun tak seindah madah karyawan, tapi ana yakin madah ni mampu membuatkan orang mencari satu tentang sesuatu....

"andai hidup punca perpisahan,biarlah mati menyambungnya semula.Namun seandainya mati punca perpisahan,biarlah hidup ini membawa erti yang nyata"


wassalam(ana R)