RAPUH



bila mana aku mampu bertahan sendiri beginilah jadinya semua benda tak kena kadang-kadang aku biarkan airmata berbicara sendiri,

bukan aku ...
mengeluh atas ketentuannya,tapi kini aku betul pasrah,pasrah segala yang terjadi,aku tak tahu jika aku ingin mulakan semulanya dari awal,mahu berbicara rasa kelu lidah mahu menjerit tiada apa kelebihan dan kesudahannya,mahu meratapi?sesekali tidak pada diriku,mahu menyesal?perjalanan aku masih jauh ditutupi kabus tebal yang membuat kan aku sukar nampak masa hadapan.

aku seolah-olah rasa aku bukan diriku yang sebenar,bibir dan mata masih bisa tersenyum tapi hati sendiri tahu betapa semua tu palsu belaka,mahu berkongsi pendamkan sahaja,mahu mengeluh lebih baik bertahan, akhirnya semangat berundum begitu dasyatnya fikiran kecamuk,waktu semakin singkat tapi tindakan masih belum difikirkan secara jelas.

apa harus aku buat?ya aku masih hidup,aku mahu kejar sepatutnya aku kejar,biar lah masa yang lampau membuat aku semakin tabah mengharungi semuanya aku berterima kasih kepada MEREKA yang banyak membuat aku hilang "semangat diri"kalau tak kerana mereka mungkin aku tak jadi seorang yang tabah begini,



                                                 
                                  (aku ingin mencari keredhaanmu)



aku teringat kata-kata dari seorang sahabat:


"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah senyuman walau dihatimu tak lagi bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,Berhentilah memberi alasan walau
ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi godaan dan berpeganglah kepada allah walau dia tak kelihatan,bukti dan kasihnya,kita masih wujud didunia pinjaman ini,mungkin ada hikmah yang berlaku sesuatu pekara,yakinlah tuhan menguji hambanya yang mengaku keimanannya.jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang "TERBAIK"kerna hidup ini tak semudah engkau sangkakan.perihal kehidupan,sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi" 

 
nota tangan:
biarlah "blog ni"menjadi kenang-kenangan..jangan dihapus apa yang tertulis






4 Responses so far.

  1. sab says:
    This comment has been removed by a blog administrator.
  2. This comment has been removed by the author.
  3. THIS COMMENT HAS BEEN REMOVED BY A BLOG ADMINISTRATOR. HUA HUA HUA