Archive for February 2012

kerana cinta harus memilih


"hidup ini adalah pilihan. semua atas tangan kita sendiri,apa yang kita pilih pasti ada akibatnya baik atau buruk.jangan sampai salah memilih,sebab akibat dari pilihan yang salah sangat menakutkan.akan tetapi jika pilihan kita tepat maka hasilnya akan membahagiakan"
 
saat cinta menghampiri,kita kena segera memilih,apakah kita akan menyambut cinta itu atau sebaliknya?atau kita sekadar menunggu saat yang tepat untuk menyemainya?
bagi ana pilihan nya cukup sederhana.take it or leave it.

meskipun cinta ini sulit. sukar untuk dirungkaikan dengan kata-kata,tetapi apabila cinta itu hadir begitu syahdu,ia akan melenakan kita dan membuai hati.

ia akan membuat kita berasa disayangi,berasa diperhatikan dan berasa selalu berada dalam kedudukan yang luar biasa bukan?

tatkala kita sedang berasakan getarannya,ia akan menyahut menggema dalam sanubari hati yang menyahut berkali-kali.

Terbayang bayang akan wajah si dia yang telah mengusik hati kita,gelisah kita  tiada penghujungnya,dan penantian itu selalu akan menuntut kita..


ya,menuntut untuk tahu khabarnya,menuntut untuk selalu mendengar suaranya,membayangkan wajahnya dan sebagainya.kroniknya adeh2


Disaat itulah kita harus sedar bahawa itu bukan pilihan yang baik.sebab tumpuan kita bukan untuk itu sebenarnya.bukan belajar bercinta dan terima segala akibatnya,Bukan pula  kursus sayang-menyayang dengan lelaki bukan muhram yang dianggap kekasih kita.

 
kita  harus memilih,manakah satu menjadi pilihan?antara setiap saat mengundang dosa,atau setiap hari membuah pahala?

Tika itu bangunla bermunajat,memohon petunjuk usai istikharah dan hajat.Moga cinta yang didamba terarah menuju redhanya.


jika sudah memiliki cinta kerana ALLAH,banyakkan bersyukur dan mohonla istiqamah,jika belum menggapainya,berusahah memperbaiki iman dan menuruti jalan sesuai dengan syariatnya..


dan ana sekarang?ana hanya memilih membungkam perasaan.Menidurkannya sesaat dan kembali menatap masa depan yang indah.Lenakan semua bayang-bayang tentang dia dan berharap pada kasih sayang ALLAH yang maha luas dan maha luar biasa.

aku bukan mencari yang sempurna dimataku,aku cuma mencari yang serasi dijiwaku.acece.:P









RAPUH



bila mana aku mampu bertahan sendiri beginilah jadinya semua benda tak kena kadang-kadang aku biarkan airmata berbicara sendiri,

bukan aku ...
mengeluh atas ketentuannya,tapi kini aku betul pasrah,pasrah segala yang terjadi,aku tak tahu jika aku ingin mulakan semulanya dari awal,mahu berbicara rasa kelu lidah mahu menjerit tiada apa kelebihan dan kesudahannya,mahu meratapi?sesekali tidak pada diriku,mahu menyesal?perjalanan aku masih jauh ditutupi kabus tebal yang membuat kan aku sukar nampak masa hadapan.

aku seolah-olah rasa aku bukan diriku yang sebenar,bibir dan mata masih bisa tersenyum tapi hati sendiri tahu betapa semua tu palsu belaka,mahu berkongsi pendamkan sahaja,mahu mengeluh lebih baik bertahan, akhirnya semangat berundum begitu dasyatnya fikiran kecamuk,waktu semakin singkat tapi tindakan masih belum difikirkan secara jelas.

apa harus aku buat?ya aku masih hidup,aku mahu kejar sepatutnya aku kejar,biar lah masa yang lampau membuat aku semakin tabah mengharungi semuanya aku berterima kasih kepada MEREKA yang banyak membuat aku hilang "semangat diri"kalau tak kerana mereka mungkin aku tak jadi seorang yang tabah begini,



                                                 
                                  (aku ingin mencari keredhaanmu)



aku teringat kata-kata dari seorang sahabat:


"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah senyuman walau dihatimu tak lagi bertahan,
belajarlah memaafkan walau dirimu terluka,Berhentilah memberi alasan walau
ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam iman walau hari dipenuhi godaan dan berpeganglah kepada allah walau dia tak kelihatan,bukti dan kasihnya,kita masih wujud didunia pinjaman ini,mungkin ada hikmah yang berlaku sesuatu pekara,yakinlah tuhan menguji hambanya yang mengaku keimanannya.jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang "TERBAIK"kerna hidup ini tak semudah engkau sangkakan.perihal kehidupan,sebagai cermin dalam menilai sebuah pengabdian yang hakiki lagi abadi" 

 
nota tangan:
biarlah "blog ni"menjadi kenang-kenangan..jangan dihapus apa yang tertulis